AM

Kelantan Tubuh Unit Integriti Di Semua PBT

22/07/2025 02:11 PM

KOTA BHARU, 22 Julai (Bernama) -- Kelantan sedang melaksanakan inisiatif membangunkan Unit Integriti di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperkukuhkan tadbir urus dan budaya integriti dalam perkhidmatan awam negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata langkah itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Nasional Siri 4 Bil.1 Tahun 2025, dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-2/2025 yang bersidang pada 5 Feb lepas.

“Pelan Antirasuah Kelantan (KACP) 2020-2024 telah dibangunkan selari dengan dasar dan pelan peringkat nasional iaitu Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dengan matlamat untuk membudayakan amalan integriti dalam penyampaian dan perkhidmatan berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

"Selaras dengan pembangunan KACP dan NACP, kerajaan negeri juga sedang merancang untuk membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Kelantan berteraskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Saizol Ismail (PAS-Salor) yang bertanya mengenai dasar semasa kerajaan negeri terhadap penjawat awam dalam aspek integriti dan profesionalisme pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan