AM

Mohd Khalid Mulakan Tugas Rasmi Sebagai KPN Hari Ini

23/06/2025 08:04 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Mohd Khalid tiba di ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman dengan menaiki kenderaan rasmi dan menerima penghormatan Guard Turn Out oleh Cawangan Kem Komandan sebagai tanda bermulanya era baharu kepimpinan tertinggi pasukan.

Menurut PDRM, ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Sri Muhammed Hasbullah Ali.

“Mohd Khalid kemudian diiringi ke tingkat 31 untuk menandatangani buku pelawat.

“Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azhan Abdul Halim,” menurut PDRM dalam hantaran di Facebook.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan