AM

PM Anwar Bantu Pasangan Suami Isteri Lumpuh

08/06/2025 11:16 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang masing-masing lumpuh akibat serangan strok.

Bantuan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi pasangan berkenaan di kediaman mereka di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, semalam.

“Pasangan suami isteri ini diuji dengan serangan strok sehingga mengakibatkan kedua-duanya terlantar dan memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga. Walaupun mereka terlantar, kasih dan sabar yang terpancar cukup menginsafkan kita semua.

“Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan salam dan sumbangan sebagai tanda kasih, prihatin dan solidariti,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan pasangan itu serta ahli keluarga yang setia menjaga mereka diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketenangan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan