SANDAKAN, 16 Julai (Bernama) -- Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini menerima empat bot pemintas laju (FIC) G2000 MKII semalam.
MAWILLA 2 memaklumkan bot pemintas itu dilengkapi dengan sistem persenjataan automatik Remote Control Weapon Station (RCWS) dan senjata berkaliber 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG).
"Sistem persenjataan ini membolehkan pengoperasian senjata dijalankan secara jarak jauh dengan ketepatan tinggi dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 50 knot," menurut MAWILLA 2 dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, bot pemintas baharu berkenaan akan meningkatkan keupayaan operasi TLDM di kawasan khususnya wilayah timur Sabah dalam mendepani pelbagai cabaran maritim, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
Empat bot pemintas lajut terbabit adalah sebahagian daripada 13 bot diperoleh TLDM secara berperingkat melalui tiga fasa.
Sebelum ini dua bot diserahkan kepada MAWILLA 2 pada Februari 2024.
Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, yang menyaksikan upacara menandatangani dokumen serah terima antara wakil Syarikat Gading Marine dan TLDM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial