AM

Agong Kurnia Penghargaan Kepada Zailani Hashim

16/07/2025 11:08 AM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim yang akan bersara daripada perkhidmatan awam, Jumaat ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis tersebut berlangsung di Istana Negara di sini.

"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Zailani atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 2024," menurut hantaran itu.

Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kini disandang oleh Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkuat kuasa 1 Julai lepas. Azmi sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan