AM

Gangguan Bekalan Air Libat 30,000 Akaun Pengguna Di Johor Bahru Mulai Hari Ini

15/07/2025 09:07 AM

JOHOR BAHRU, 15 Julai (Bernama) -- Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula hari ini.

Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.

Gangguan bekalan air berjadual itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang Ranhill SAJ di www.ranhillsaj.com.my dan Facebook rasmi atau menghubungi talian 1800-88-7474 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan