CHUKAI, 8 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang jurutera kerugian RM114,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman pada 5 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dia terlibat dalam sindiket keldai akaun.
Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membuat sejumlah pembayaran bagi mengelak ditangkap dan membersihkan namanya.
Mangsa yang panik telah membuat lima kali pembayaran berjumlah RM114,000 ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek.
“Mangsa menyedari ditipu selepas usaha menghubungi suspek gagal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial