AM

Perincian Perlaksanaan Penyasaran Semula Subsidi RON95 Diumum Akhir September - MOF

04/08/2025 11:44 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September 2025 selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Sehubungan itu, katanya kerajaan sedang giat membangun dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan ia beroperasi secara lancar apabila dilaksanakan. 

"Usaha ini termasuk memperhalusi data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.  

"Kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan," katanya menerusi Jawapan Bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu status terkini pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi berkenaan fasa front-end dan back-end.

Menurut MOF, sepertimana yang diumumkan, apabila penyasaran semula subsidi RON95 dilaksanakan melalui penggunaan MyKad, rakyat terbanyak akan dapat menikmati harga RON95 yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

Mereka yang tidak layak untuk subsidi RON95 seperti bukan warganegara perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan