EKONOMI

Armani Group Raih Tiga Kemenangan Di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025

10/10/2025 10:10 AM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Armani Group sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu pemaju hartanah mewah terkemuka di Malaysia selepas merangkul tiga anugerah berprestij di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025.

Projek utama syarikat itu, Armani Hallson KLCC, dinobat sebagai Pembangunan Bertingkat Tinggi Terbaik (Terbaik Malaysia) dan turut membawa pulang anugerah Pembangunan Bertingkat Tinggi Ultra Mewah Terbaik (Pusat).

"Penghargaan ini seterusnya mengukuhkan lagi pengaruh Armani Group dalam pembangunan bandar mewah di Malaysia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Armani Hallson KLCC, projek Armani Prestige syarikat itu turut merangkul Anugerah Pembangunan Bertingkat Tinggi Gaya Hidup Ultra Mewah Terbaik, menonjolkan komitmen berterusan kumpulan untuk mentransformasikan kehidupan premium melalui reka bentuk elegan.

Pengarah Urusan Armani Group, Datuk Seri Azlan Azmi, berkata kumpulan itu amat berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut dengan menekankan bahawa setiap pencapaian luar biasa yang dicapai mereka adalah hasil daripada usaha bersama.

"Pencapaian ini memerlukan semangat, kejituan dan usaha bersama dalam kalangan pasukan kami, rakan kongsi, dan setiap pembeli yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami bersyukur dapat meraikan detik ini bersama-sama," katanya.

Selain pencapaian ini, Armani Group juga baru-baru ini mengumumkan kerjasama penting dengan presiden Serendipity Assets Management Tim TL Tse untuk memperkenalkan kerjasama kulinari bertaraf dunia di Armani Hallson KLCC.

Kerjasama itu menampilkan chef bertaraf tiga bintang Michelin, Alvin Leung, juga dikenali sebagai "The Demon Chef", dan pemenang Anugerah Chef Muda Michelin 2024 Kuala Lumpur/Pulau Pinang, Johnson Wong, bersama jenama gaya hidup global Roosevelt Club, jenama antarabangsa yang terkenal dengan gastronomi berkualiti tinggi.

“Kerjasama ini akan memperkenalkan empat restoran bereputasi tinggi kepada Armani Hallson KLCC, menonjolkan komitmen Armani Group untuk meningkatkan pengalaman kehidupan dengan menyepadukan konsep makan dan hospitaliti bertaraf dunia dalam pembangunannya,” kata Armani Group.

Armani Hallson yang dilancarkan pada Ogos 2025, mencapai kadar pembelian memberangsangkan sebanyak 70 peratus setakat ini dan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3 bilion, ia merupakan projek paling penting Armani Group di kawasan Segi Tiga Emas yang berprestij di Kuala Lumpur.

Bagi pertanyaan jualan, boleh layari https://armanihallsonklcc.com.my/ atau hubungi talian 03-48100413 bagi maklumat lebih lanjut.

Bagi Armani Prestige, Armani Group berkata pembangunan itu menampilkan menara 59 tingkat yang terdiri daripada 350 unit di sepanjang Jalan Mayang, berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas.

"Bangunan itu direka dengan perancangan teliti untuk usahawan moden, profesional bandar atau individu yang mencari gabungan harmoni kehidupan mewah, dengan fungsi perniagaan dan hospitaliti premium," katanya.

Bagi pertanyaan jualan, boleh layari https://armaniprestige.com.my/ atau hubungi talian 03-27877939 untuk maklumat lebih lanjut.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan