DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Pengeluaran Lebih Rendah

09/10/2025 09:56 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang.

Selain itu, kenaikan harga minyak kacang soya turut menjadi pendorong kepada harga komoditi berkenaan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,500 satu tan dan paras rintangan pada RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing meningkat RM38 kepada RM4,506 satu tan dan RM4,544 satu tan.

Kontrak Disember 2025 menokok RM46 kepada RM4,591 satu tan, kontrak Januari 2026 naik RM50 kepada RM4,613 satu tan, kontrak Februari 2026 bertambah RM51 kepada RM4,603 satu tan, manakala kontrak Mac 2026 melonjak RM53 kepada RM4,568 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 128,061 lot daripada 127,995 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 278,044 kontrak daripada 277,380 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Oktober Selatan meningkat RM60 kepada RM4,530 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan