Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan politik global yang meningkat terutamanya penutupan perkhidmatan kerajaan AS yang berpanjangan menjelang minit terbaharu Rizab Persekutuan (Fed).
“Penutupan perkhidmatan kerajaan yang sudah memasuki minggu kedua, membayangi tinjauan data ekonomi AS dan sentimen pelabur, menambah ketidakpastian kepada dasar Fed,” katanya kepada Bernama.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.89 peratus kepada US$66.03 setong.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat lima sen kepada 735.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah satu sen kepada 573 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial