KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara hari ini.
Berangkat sama Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Pahang diwakili Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta wakil premier Sarawak, wakil Ketua Menteri Sabah dan Melaka.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara.
Kali terakhir mesyuarat berkenaan diadakan pada 16 Julai, dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial