KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat.
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 melonjak kepada US$3,956.80 setiap auns troy daripada US$ 3,872.80 yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini, November 2025 menunjukkan peningkatan kepada US$3,975.0 setiap auns troy daripada US$3,891.0 dan Disember 2025 naik kepada US$3.989.50 setiap auns troy daripada US$3,905.90.
Kontrak Januari 2026 menokok kepada US$4,006.50 setiap auns troy daripada US$3,922.90, manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 kesemuanya ditutup lebih rendah pada US$4,023.40 setiap auns troy auns berbanding US$3,939.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan bertambah kepada 535 lot daripada 212 yang dicatatkan pada penutupan hari Jumaat, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 362 kontrak berbanding 259 sebelum ini.
Emas fizikal berada pada US$3,885.70 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 3 Oktober 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial