AM

Situasi Tenang Di Sabah, Tun Musa Dan Hajiji Tiba Di Istana

06/10/2025 10:19 AM

KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Situasi tenang di beberapa lokasi tumpuan utama di bandar raya ini meskipun spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hangat diperkatakan.

Tinjauan Bernama di Istana Seri Kinabalu, di sini mendapati kenderaan membawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor masuk pada 8.51 pagi.

Kenderaan membawa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pula masuk pada 9.20 pagi.

Beberapa petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan.

Sementara itu, di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran negeri Sabah, petugas media turut berkumpul seawal 9 pagi bagi melakukan persediaan pengumuman pembubaran DUN.

Situasi di Menara Kinabalu juga tenang dengan aktiviti berjalan seperti biasa, namun difahamkan satu majlis bersama pemimpin negeri akan diadakan di menara itu hari ini.

Setakat berita ini ditulis masih tiada pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN atau jemputan menghadiri sidang media perkara itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan