PUTRAJAYA, 5 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
JIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu pertama ialah Zaw Htet Aung, 22, lelaki warganegara Myanmar yang turut dikehendaki bagi kes di bawah Akta Pasport 1966.
Selain itu, JIM turut mengesan seorang lelaki tempatan, Mohd Ashri Awang, 59, yang beralamat terakhir di Restoran Singgahsana, No. 22, Jalan TPS 1/7, Taman Pelangi Semenyih, Selangor.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ella Fazlina Mat Misiah dari Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan JIM di talian 03-8880 3300 pada waktu pejabat.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan JIM di talian 03-8880 1555 selepas waktu pejabat,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial