JENAYAH & MAHKAMAH

Pesara Rugi Lebih Setengah Juta Ditipu Sindiket Mata Wang Kripto Tidak Wujud

29/09/2025 08:54 AM

KUALA TERENGGANU, 29 Sept (Bernama) -- Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Mei lepas, mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook.

Beliau berkata mangsa yang berhubung secara dalam talian dengan suspek membuat pelaburan sebanyak RM525,000 setelah dijanjikan pulangan sebanyak USD 500,000.

"Mangsa, yang merupakan bekas pengarah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), telah membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya sendiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan... polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan