Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) penanda aras ditutup sedikit rendah pada Rabu ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada saham bermodal lebih kecil.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 3.89 mata untuk ditutup pada 1,599.66, berbanding 1,603.55 ketika ditutup semalam.
Indeks petunjuk asas pasaran dibuka lebih rendah pada 1,602.81 dan bergerak antara 1,597.80 dan 1,602.81 sepanjang hari dagangan.
Bagaimanapun, pasaran adalah positif dengan 585 kaunter untung berbanding 508 kaunter rugi, manakala 496 kaunter tidak berubah, 1,084 kaunter tidak diniagakan, dan 49 kaunter digantung dagangan.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 3.62 bilion unit bernilai RM2.8 bilion daripada 2.78 bilion unit berjumlah RM2.27 bilion semalam.
Naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata isyarat menggalakkan apabila jumlah dagangan telah menyaksikan sedikit peningkatan walaupun ditutup negatif hari ini, menunjukkan penyertaan pelabur semakin meningkat.
“Penilaian positif kami terhadap ekuiti Malaysia kekal teguh, disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh dan keadaan ekonomi yang bertambah baik. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI untuk berada dalam aliran julat 1,580-1,620 bagi baki minggu ini,” katanya kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional susut 12 sen kepada RM13.28, CelcomDigi turun empat sen kepada RM3.68, manakala Sunway dan Maxis berkurang enam sen setiap satu masing-masing kepada RM5.44 dan RM3.61. QL Resources merosot satu sen kepada RM4.30.
Dalam dagangan aktif, Magma Group berkurang 4.5 sen kepada 31.5 sen, Velesto Energy susut setengah sen kepada 23.5 sen, manakala syarikat yang baharu disenaraikan di Pasaran ACE Express Powerr Solutions meningkat 2.5 sen kepada 22.5 sen. Pharmaniaga naik setengah sen kepada 27.5 sen, dan and SNS Network Technology menambah 4.5 sen kepada 69 sen.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Apollo Food Holdings susut 22 sen kepada RM6.28, Allianz Malaysia berkurang 20 sen kepada RM18.72, dan Sunway Construction Group berkurang 15 sen kepada RM6.12. Kuchai Development merosot 13 sen kepada 45 sen, dan Hong Leong Financial Group turun 12 sen kepada RM16.82.
Kaunter paling untung, Petronas Dagangan melonjak 30 sen kepada RM22.30, KSL naik 37 sen kepada RM3.31, dan Malayan Cement meningkat 19 sen kepada RM6.50.
Malaysian Pacific Industries menokok 26 sen kepada RM29.76, dan Dutch Lady Milk Industries menambah 26 sen kepada RM27.30.
Di pasaran meluas, Indeks FBM 100 susut 10.28 mata kepada 11,676.26, Indeks FBM Emas Syariah berkurang 11.41 mata kepada 11,986.60, dan Indeks FBM Emas turun 1.06 mata kepada 11,941.95 manakala Indeks FBM 70 menambah 63.90 mata kepada 16,865.62, dan Indeks FBM ACE meningkat 56.46 mata kepada 5,062.76.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 1.18 mata kepada 18,082.59, dan Indeks Perladangan berkurang 12.59 mata kepada 7,714.23, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.40 mata kepada 171.46, dan Indeks Tenaga naik 4.26 mata kepada 768.75.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 1.91 bilion unit, bernilai RM2.45 bilion, daripada 1.52 bilion unit bernilai RM2.01 bilion semalam.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.12 bilion unit, bernilai RM163.18 juta, daripada 1.08 bilion unit bernilai RM166.49 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE mengukuh kepada 574.71 juta saham bernilai RM184.69 juta, daripada 560.33 juta saham bernilai RM182.24 juta pada Selasa.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 479.74 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (270.25 juta), pembinaan (99.73 juta), teknologi (258.17 juta), perkhidmatan kewangan (92.73 juta), hartanah (223.50 juta), perladangan (21.15 juta), REIT (72.22 juta), dana tertutup (210,000), tenaga (177.02 juta), penjagaan kesihatan (100.80 juta), telekomunikasi dan media (36.15 juta), pengangkutan dan logistik (33.23 juta), utiliti (49.08 juta), dan amanah perniagaan (105,100).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial