JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Lelaki Tujuh Tahun Ditemukan Lemas Dalam Parit Di Teluk Intan

24/09/2025 01:06 PM

IPOH, 24 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Chenderong Balai, Labu Kubong dekat Teluk Intan, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter dalam kejadian dianggarkan berlaku antara pukul 5 hingga 6 petang semalam.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat pada 12.23 tengah malam.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada 12.23 tengah malam.

"Penduduk kampung terlebih dahulu berusaha mencari mangsa namun gagal. Hasil pencarian pihak bomba berjaya menemui mangsa di dasar air, kira-kira 800 meter dari lokasi dilaporkan jatuh.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira 4.10 pagi,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan