AM

Kempen ‘Own Your Wellbeing’ Guardian Malaysia Diteruskan Hingga 30 Sept

23/09/2025 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Guardian Malaysia meneruskan kempen ‘Own Your Wellbeing’ dengan tawaran lebih menarik, menampilkan pakar kesihatan, program berinformasi dan pelbagai aktiviti sepanjang kempen yang berlangsung sehingga 30 Sept sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Anna Ng berkata sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di negara ini, adalah penting untuk Guardian Malaysia menawarkan penyelesaian kesejahteraan yang dapat diakses oleh orang ramai.

“Sebagai penasihat kesihatan yang dipercayai, kami menjemput pakar untuk berkongsi tip kesejahteraan. Pada masa sama, kami sentiasa meningkatkan kepakaran ahli farmasi kami agar mereka dapat menjadi rujukan komuniti dalam menjawab persoalan berkaitan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa bagi menggalakkan orang ramai lebih mengutamakan kesihatan, Guardian Malaysia memperkenalkan Health Hub dengan artikel berinformasi mengenai gaya hidup sihat, cadangan produk serta terapi yang turut dikongsi melalui laman web rasmi syarikat.

Guardian Malaysia juga bekerjasama dengan pakar kesihatan termasuk doktor dan pakar perubatan dalam siri kandungan yang menampilkan aspek kesihatan harian yang sering terlepas pandang, dengan memberi penjelasan serta langkah mudah yang mampu memberi impak jangka panjang tanpa menimbulkan rasa takut atau keterujaan melampau.

Siri tersebut memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu kesihatan usus, imuniti, sendi dan kolagen, serta kesihatan jantung. Antara pakar yang tampil dalam siri video berkenaan ialah Pakar Kardiologi Dr Choi Chun Ngok, Pakar Gastroenterologi Dr Chen Harn Chin, Pakar Bedah Ortopedik Dr Teo Seow Hui dan Pakar Imunologi Dr Kent Woo.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan konsultasi secara langsung, orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana farmasi Guardian di seluruh negara untuk berinteraksi dengan ahli farmasi yang sedia memberikan khidmat nasihat mengenai kesejahteraan, termasuk pengurusan berat badan, konsultasi penyakit ringan dan semakan ubat-ubatan.

Selain itu, ahli MYguardian Rewards berpeluang menikmati perkhidmatan kesihatan percuma seperti ujian glukosa, usus dan kolesterol di cawangan terpilih, terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap hari.

Sepanjang kempen sebulan ini, ahli juga berpeluang mendapatkan diskaun 60 peratus bagi pembelian item kedua melibatkan lebih 4,000 produk berbeza.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan