Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini yang mengimbangi penurunan sebelumnya.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata eksport yang lebih kukuh memberikan sokongan kukuh kepada pasaran manakala jangkaan kadar pengeluaran yang lebih perlahan dalam minggu-minggu akan datang turut menyokong sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,400 satu tan dan paras rintangan pada RM4,580 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik RM18 kepada RM4,383 satu tan, November 2025 meningkat RM19 kepada RM4,415 satu tan manakala Disember 2025 menokok RM18 kepada RM4,443 satu tan.
Januari 2026 melonjak RM21 kepada RM4,463 satu tan, Februari 2026 berkembang RM30 kepada RM4,464 satu tan manakala Mac 2026 bertambah RM32 kepada RM4,436 satu tan.
Jumlah dagangan susut kepada 54,679 lot berbanding 76,508 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 261,122 kontrak berbanding 260,581 kontrak sebelumnya.
Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan kekal tidak berubah pada RM4,400 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial