Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.86 mata kepada 1,601.09 selepas ditutup pada 1,598.23 Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada 1,599.78.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 183 berbanding 118 manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,075 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa sentimen meningkat selepas panggilan telefon antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping selain langkah pelonggaran yang diumumkan oleh Rizab Persekutuan AS minggu lepas.
Malacca Securities Sdn Bhd menjangka KLCI diniagakan pada kedudukan yang kukuh berikutan perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia yang kecil.
“Sentimen positif di Nasdaq turut dijangka memberikan impak positif kepada saham teknologi tempatan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.83, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.25, Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.44, CIMB Group menokok dua sen kepada RM7.25 dan IHH Healthcare menambah enam sen kepada RM7.39.
Dalam dagangan aktif, NexG meningkat satu sen kepada 50 sen, PA Resources dan Vetece Holdings, masing-masing naik setengah sen kepada 16 sen dan 28.5 sen manakala VS Industry dan TA Win Holdings, masing-masing mendatar pada 59.5 sen dan 1.5 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Allianz Malaysia, yang naik 20 sen kepada RM18.94, Malaysian Pacific Industries meningkat 14 sen kepada RM29.26, KESM Industries menambah sembilan sen kepada RM3.13, Heitech Padu menokok lapan sen kepada RM4.49 dan Gamuda naik lima sen kepada RM5.57.
Kaunter paling rugi termasuklah Petronas Dagangan merosot 60 sen kepada RM22.40, Dutch Lady Milk Industries berkurangan 22 sen kepada RM27.16, United Plantations menurun 12 sen kepada RM23, Frontken Corp susut tujuh sen kepada RM4.29 dan PPB Group merosot enam sen kepada RM10.14.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 17.67 mata kepada 11,914.10, Indeks FBMT 100 meningkat 16.09 mata kepada 11,663.40 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 13.05 mata kepada 11,976.42.
Indeks FBM 70 meningkat 2.61 mata kepada 16,746.02 dan Indeks FBM ACE naik 11.02 mata kepada 4,926.45.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.23 mata kepada 168.34, Indeks Perladangan naik 14.08 mata kepada 7,758.42, Indeks Tenaga menambah 0.17 mata kepada 755.49 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 32.76 mata kepada 18,036.06.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial