KUANTAN, 21 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari etok bersama-sama keluarga di Sungai Pahang berdekatan dengan Kampung Bukit Kenau, Pekan pada Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mangsa Mohd Zainuren Abd Rashid, 45, dijumpai oleh penduduk kampung pada 7.45 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira tiga kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat Mohd Zainuren dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 6 petang ketika mencari etok bersama dengan empat ahli keluarganya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial