MELAKA, 21 Sept (Bernama) -- Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua ahli supaya memperkukuh perpaduan demi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.
Beliau berkata perpecahan dan sikap berpuak-puak hanya akan melemahkan parti dalam meraih sokongan dan menjamin kemenangan pada PRN itu nanti.
“Selepas pemilihan, kita harus memautkan kembali hati semua pihak. Membangkitkan titik bengik atau isu kecil selepas selesai pemilihan parti hanya akan melemahkan kekuatan parti sedangkan tumpuan sebenar harus diberikan kepada perjuangan bersama,” katanya.
Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran MPN Melaka yang dihadiri lebih 200 ahli dan kepimpinan PKR di sini malam tadi.
Dewan Undangan Negeri Melaka akan tamat tempoh pada Disember 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial