AM

Visi Malaysia MADANI Berjaya, Ada Parti Pembangkang Mula Ubah Pendekatan - Ramanan

20/09/2025 06:09 PM

SHAH ALAM, 20 Sept (Bernama) -- Visi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik pembangkang turut mula mengubah pendekatan dengan memberi tumpuan kepada semua kaum, khususnya masyarakat India. 

Naib Presiden PKR Datuk Seri R Ramanan berkata ia berikutan pendekatan MADANI inklusif tanpa mengabaikan mana-mana kaum atau golongan dipinggirkan.

"Ini adalah satu daripada sebab utama kita boleh lihat sekarang PAS yang tak pernah sebut mengenai komuniti India (dengan mendekati kaum India) kini telah berubah pendekatannya. (Kini mereka) mula cakap kena jaga komuniti India, nak cari rakan daripada parti pimpinan komuniti India. Kenapa? 

“Sebab ini adalah kekuatan daripada MADANI. MADANI adalah untuk semua. Ia merupakan visi untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Iban," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Pembudayaan Koperasi dan Keusahawanan Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Ramanan berkata demikian ketika mengulas tindakan parti pembangkang yang kini dilihat mesra kepada kaum India.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan