KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengarahkan semua agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan segera menggerakkan bantuan pasca banjir melalui inisiatif “Wilayah Persekutuan Bersama Sabah”.
Beliau berkata inisiatif itu tanda kebersamaan dengan rakyat negeri tersebut yang sedang berdepan bencana banjir.
“Mudah-mudahan langkah kecil ini mampu meringankan beban yang ditanggung serta menyuntik semangat bahawa rakyat Sabah tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan setakat petang ini, 2,256 orang daripada 710 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Beaufort, Penampang, Membakut, Papar dan Sipitang.
Hujan berterusan sejak minggu lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri itu sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir setakat ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial