SANDAKAN, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di kawasan Kinabatangan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi Pakej 25 dan Pakej 26 LPB itu melibatkan sepanjang lapan kilometer dari Bulatan Batu 6 hingga Bulatan Sukau.
“Kontraktor yang dianugerahkan projek itu sepatutnya menyelenggara jalan ini lebih awal, saya telah mengarahkan (penyelenggaraan) disegerakan.
“Jangan ada pelbagai alasan dan dengan peruntukan RM18 juta saya umumkan ini, saya mahu jalan yang rosak diperbaiki segera,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan semula sekolah daif Sekolah Kebangsaan Batu Putih Baru di sini hari ini.
Mengulas mengenai kerosakan jalan dan cerun runtuh akibat banjir yang melanda pantai barat Sabah, Ahmad berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan membuat taksiran anggaran kerosakan jalan Persekutuan dan cerun yang runtuh.
Beliau turut berdukacita terhadap kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 13 nyawa baru-baru ini dan menegaskan bahawa segala pembaikan cerun dan jalan terlibat sedang dinilai oleh JKR.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial