Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan dalam julat antara US$3,630 hingga US$3,680 setiap auns troy berikutan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu dijangka memasuki minggu hadapan dengan momentum yang kukuh selepas melepasi paras US$3,650 sekali gus membuka laluan untuk kenaikan selanjutnya.
“Penurunan pasaran terus menarik minat belian yang kukuh sekali gus menekankan sokongan dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.
Fed AS dijadualkan untuk menurunkan kadar faedah utamanya sebanyak 25 mata asas pada 17 September.
Bagi minggu yang baru berakhir, emas mengatasi kelemahan semalaman dan diniagakan lebih tinggi sepanjang sesi dagangan sebelum berdepan rintangan yang biasa pada paras US$3,655 setiap auns troy, kata Innes.
Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta bagi September 2025 meningkat kepada US$3,653.60 setiap auns troy daripada US$3,552.50 sebelumnya.
Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,670.90 setiap auns troy daripada US$3,570.30 pada minggu sebelumnya manakala kontrak November 2025 menokok kepada US$3,687.70 setiap auns troy daripada US$3,587.10 sebelumnya.
Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi pada US$3,709.10 setiap auns troy daripada US$3,607.50 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 1,348 lot daripada 422 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 361 kontrak daripada 292 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berharga pada US$3,629.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Sept, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial