AM

Penampang Dilanda Banjir

11/09/2025 09:40 PM

KOTA KINABALU. 11 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang malam ini mengeluarkan pengisytiharan bencana berikutan banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat petang tadi. 

Pengerusinya Noemi Dyena John Tren yang juga Penolong Pegawai Daerah Penampang berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan dan pihaknya kini dalam proses memindahkan mangsa terlibat.

PPS terbabit ialah Kompleks Sukan Penampang, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis.

“Setelah pemeriksaan, kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana (PTB) didapati tidak selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan mangsa banjir di Beaufort menurun kepada 154 orang daripada 54 keluarga malam ini, berbanding 213 orang daripada 69 keluarga petang tadi.

“Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, Beaufort. Lapan kampung terjejas akibat banjir di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan