KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd telah menganugerahkan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kepada dua syarikat bagi loji penulenan biometana miliknya di Trong dan Air Kuning, Perak.
Dua syarikat berkenaan adalah MTC Orec Sdn Bhd dan Enproserve (M) Sdn Bhd.
“Projek yang dijadualkan siap dalam tempoh 13 bulan itu menandakan satu pencapaian penting dalam mengembangkan portfolio gas hijau kami.
“Ini juga dapat melonjakkan agenda tenaga boleh baharu Malaysia menerusi anak syarikat milik penuh kami, Gas Malaysia Green Ventures Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Gas Malaysia, loji penulenan biometana itu dibangunkan bagi memproses biogas mentah dengan menyingkirkan kekotoran serta ditulenkan kepada biometana bersih, berkualiti tinggi dan menepati piawaian gas asli selain menjadi alternatif karbon rendah bagi bahan api fosil.
Selepas penulenan itu, biometana berkenaan akan disalurkan menerusi sistem paip atau tiub khas sebelum disuntik ke dalam sistem agihan gas asli sedia ada bagi pembekalan gas hijau untuk manfaat industri dan komuniti setempat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial