PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Sebanyak 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 71.80 peratus daripada jumlah keseluruhan 109,866 permohonan diterima sistem itu.
KPT memaklumkan 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi iaitu menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 14 Sept.
“KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial