DUNIA

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah, Mencerminkan Pasaran Serantau Yang Lemah

04/09/2025 05:11 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, dengan sentimen diselubungi oleh ketidaktentuan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang berterusan.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga diheret oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan penurunan dalam harga minyak mentah. 

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh bahan mentah yang semakin berkurangan dalam negara pengeluar getah asli utama susulan cuaca hujan,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak susut sebanyak satu peratus pada Khamis, kerana pelabur dan peniaga menantikan mesyuarat OPEC+ pada hujung minggu apabila pengeluar dijangka mempertimbangkan satu lagi peningkatan dalam sasaran pengeluaran.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 4.0 sen kepada 751.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 575.0 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Jumaat (5 Sept) sempena cuti umum Maulidur Rasul. Operasi akan dibuka semula pada Isnin (8 Sept).

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan