LONDON, 28 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih 15,800 pesakit di Gaza kini memerlukan pemindahan perubatan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu hantaran di platform X, Tedros berkongsi maklumat mengenai pemindahan perubatan dari Gaza, yang kini berdepan serangan hebat Israel dan kekurangan bekalan.
"Pagi tadi, WHO telah memindahkan 18 kanak-kanak dan seorang pesakit dewasa dari Gaza ke Jordan, bersama 62 orang pengiring. Sejak Oktober 2023, WHO telah membantu pemindahan perubatan untuk lebih 7,600 pesakit, termasuk 5,300 pesakit kanak-kanak," katanya.
"Namun, lebih 15,800 pesakit kritikal masih memerlukan rawatan khusus segera yang tidak boleh mereka terima di Gaza," menurut Tedros.
Beliau menyeru lebih banyak negara untuk menerima pesakit dari Gaza yang memerlukan rawatan kecemasan bagi membantu menyelamatkan nyawa dan menggesa laluan pemindahan perubatan ke Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, dipulihkan.
"Ubat terbaik adalah keamanan," tambahnya.
Israel telah membunuh hampir 63,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial