AM

Aminuddin Harun Dilantik Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

28/08/2025 03:54 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat  menggantikan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli (PH-Pandan) bagi tempoh Parlimen Ke-15.

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran mengikut Peraturan 76 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat itu diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang). 

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan