AM

Jadikan Kontroversi MyBurgerLab Pengajaran - Saifuddin Nasution

24/08/2025 04:01 PM

TAIPING, 24 Ogos (Bernama) -- Tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan ketua pegawai operasinya, Andrew Chong kerana membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata insiden berkenaan menunjukkan betapa pentingnya semua pihak memelihara tanggungjawab sosial dan sensitiviti dalam masyarakat majmuk di negara ini. 

“Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai," katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution mengingatkan penganjur konvoi agar memberikan taklimat mengenai pematuhan undang-undang jalan raya seperti had laju dan jarak selamat kepada peserta selain  bekerjasama dengan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Konvoi itu satu hobi perlu digalakkan, tetapi mesti mematuhi garis panduan keselamatan. Jangan sampai menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain apatah lagi yang melibatkan nyawa," katanya. 

Beliau mengulas mengenai penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu semalam yang mengundang perhatian ramai selepas berlaku kemalangan maut melibatkan peserta.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan