SUKAN

Kejohanan Dunia: Gimnas Negara Raih Tempat Ke-21 Di Brazil

24/08/2025 12:06 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Skuad gimrama negara menamatkan saingan di tempat ke-21 acara all-around berpasukan pada Kejohanan Dunia ke-41 yang berlangsung di Arena Carioca 1, Rio de Janeiro, Brazil pada Sabtu.

Malaysia yang dibarisi gimnas Lim Xian Yar, Valerie Ng Zi Yi, Maia Ong Xiao Han, Bernice See Qin Nin, Victoria Tan dan Chloe Yap Chun Li mengumpul 40.850 mata selepas melengkapkan kesemua disiplin reben, gelung dan bola.

Pasukan Jepun menampilkan aksi memukau apabila meraih 55.550 mata untuk membawa pulang pingat emas diikuti tuan rumah yang mengutip 55.250 mata untuk perak.

Sepanyol pula mengumpul 54.750 mata untuk membawa pulang gangsa dalam kejohanan yang disertai 36 negara itu.

Kejohanan Gimrama Dunia ke-41 yang bermula Rabu lepas, berakhir hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan