JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri

23/08/2025 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis pada 4.42 petang.

Beliau berkata mangsa disyaki terjatuh dari tingkat enam pangsapuri itu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan berkaitan kes itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke balai polis atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ainaa Athira (010-2762 186) bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan