JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga Maut, Tiga Cedera Kereta Terbabas Ke Dalam Parit

23/08/2025 08:34 AM

SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan pada 3.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan enam lelaki tempatan itu.

Susulan itu, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

"Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta dan telah berjaya dibawa keluar bermula 4.20 hingga 5.15 pagi. 

"Tiga mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan antaranya di kepala, badan serta kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan