AM

Bapa Rayu Isteri, Anak Pulang Ke Pangkuan Keluarga 

18/08/2025 08:55 AM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang pengurus jualan merayu isteri dan anak lelakinya berusia 10 tahun yang hilang sejak 25 Julai lepas, pulang ke pangkuan keluarga atau segera menghubunginya kerana bimbang keselamatan mereka.

Muhammad Paul David Arikhersamy, 39, berkata semalam (17 Ogos) hari ulang tahun kelahiran anaknya Muhammad Daniel Paul yang ke-10, namun beliau masih gagal menghubungi mereka. 

“Saya amat sedih kerana tidak dapat bersama anak saya pada hari istimewanya. Saya bimbang keselamatannya,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata isterinya, Juananey Samlin, 45, dan anaknya gagal dikesan hingga kini, walaupun sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 31 Julai.

“Saya telah menghubungi ahli keluarganya untuk mengetahui keberadaan isteri dan anak, namun tiada respons. Sejak kehilangan mereka, anak saya juga tidak ke sekolah.

“Pihak sekolah sering menghubungi saya untuk bertanya khabar mengenai anak,” katanya sambil mengakui berlaku sedikit perselisihan sebelum kejadian itu.

Sementara itu, pegawai penyiasat Sarjan Abrar Farhan Mohd Tahir ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan serta kes diklasifikasikan sebagai Laporan Orang Hilang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 012-4371069 atau Muhammad Paul David melalui talian 016-3033637.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan