DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

15/08/2025 10:56 AM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.

Pengumuman itu akan memberi bacaan substantif pertama mengenai kesan ekonomi daripada pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.51 mata kepada 1,580.54 daripada penutupan semalam pada 1,581.05.

Indeks dibuka 0.70 mata lebih tinggi pada 1,581.75.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi untung iaitu 110 berbanding 108, sebanyak 231 kaunter tidak berubah, 2,123 tidak didagangkan manakala tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 83.43 juta unit bernilai RM36.44 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata dari segi sejarah, pertumbuhan KDNK telah disandarkan oleh penggunaan swasta dengan purata sekitar 49 peratus daripada KDNK nominal dan pelaburan swasta pada kira-kira 23 peratus.

"Sekiranya salah satu daripada teras utama ini merosot secara material di bawah purata jangka panjangnya terutamanya jika pelaburan swasta kekal menghampiri paras 18.5 peratus baru-baru ini, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan meningkatkan penghindaran risiko dalam pasaran domestik," katanya kepada Bernama.

Beliau menekankan bahawa walaupun KDNK mengukur prestasi ekonomi yang lepas, bukan unjuran pada masa depan, ia menyediakan "pemeriksaan kesihatan" penting pada landskap makroekonomi, membentuk peruntukan aset dan kedudukan sektor.

Selain itu, beliau berkata pengumuman yang akan datang akan diteliti untuk bukti peralihan dalam momentum penggunaan dan selera pelaburan, kedua-duanya penting untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan Malaysia pada separuh kedua tahun ini.

“Anggaran awal menunjukkan pertumbuhan 4.5 peratus berbanding konsensus ahli ekonomi sebanyak 4.3 peratus.

“Di luar pemacu struktur yang dinyatakan sebelum ini, sekiranya KDNK keseluruhan turun di bawah 4.0 peratus, sentimen pasaran menjadi lemah buat sementara waktu, bagaimanapun FBM KLCI dijangka masih dapat menarik minat belian bagi mengatasi kelemahan," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB menambah satu sen masing-masing kepada RM9.85, RM4.46, and RM7.21, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM13.70, manakala IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.89.   

Bagi saham aktif, TWL, Pharmaniaga, Mtouche Technology dan Malaysian Resources Corporation tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen, 17.5 sen, 3.5 sen and 52 sen, Oriental Kopi merosot satu sen kepada 97.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 2.93 mata kepada 11,757.99, Indeks FBMT 100 merosot 3.95 mata kepada 11,539.77 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 10.29 mata kepada 11,698.16, Indeks FBM Mid 70 merosot 6.62 mata kepada 16,683.31 manakala Indeks FBM ACE naik 2.62 mata kepada 4,669.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 28.22 mata kepada 18,078.75, Indeks Perladangan meningkat 6.96 mata kepada 7,588.61, Indeks Tenaga berkurangan 0.62 mata kepada 738.97 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menguncup 0.75 mata kepada 158.19.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan