JENAYAH & MAHKAMAH

JPJ Terengganu Sita Lapan Kenderaan Mewah Tamat Cukai Jalan

20/08/2025 02:10 PM

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita lapan buah kereta mewah termasuk sebuah Lamborghini atas kesalahan cukai jalan dan perlindungan insurans tamat tempoh.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan lapan kenderaan tersebut ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Luxury Fasa 2 mulai 1 Ogos hingga semalam.

Menurut kenyataan itu selain Lamborghini, JPJ turut menyita sebuah BMW 523i, Land Cruiser Prado, Nissan Fairlady, Lexus NX300, Mercedes Benz dan dua buah Toyota Vellfire atas kesalahan sama.

“Operasi Khas Kenderaan Luxury merupakan operasi berfokus yang dilaksanakan JPJ seluruh negara bagi menangani pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan mewah.

“Pada operasi fasa satu yang bermula Julai lepas, tiada sitaan dibuat oleh JPJ Terengganu. Namun kali ini kita berjaya menyita lapan kereta mewah yang melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (JPJ 1987),” menurut kenyataan itu.

JPJ dalam kenyataan itu memaklumkan, selain sitaan JPJ turut mengeluarkan 22 saman dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 13 kesalahan melibatkan lesen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, tiada insurans (13 kes), lesen memandu kompeten (dua kes) dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiga kes),” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan