IPOH, 13 Ogos (Bernama) -- Polis menemukan kabel dipercayai dicuri dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan di Kilometer 29 Jalan Gerik-Kupang, dekat Gerik semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 8.28 pagi semalam berhubung sebuah Perodua Aruz dipercayai terbabas serta melanggar tembok jalan sehingga terbalik.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada pemandu atau penumpang berada di dalam kenderaan berkenaan.
"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kabel yang telah dipotong serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu pihak polis.
"Pihak klinik dan hospital juga dimohon melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang mengalami kecederaan mencurigakan hadir mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial