ALOR SETAR, 13 Ogos (Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita 5,000 kilogram (kg) produk makanan kering “Dried Longan Pulp” di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sitaan dilakukan bersama Kementerian Kesihatan selepas pemeriksaan mendapati produk tersebut tidak mematuhi peraturan pelabelan makanan di bawah Akta Makanan 1983.
“Produk berkenaan dibawa masuk menggunakan lori melalui laluan dagang bersama barangan makanan lain namun didapati tidak mematuhi peraturan pelabelan makanan di bawah Akta Makanan 1983.
“Anggaran nilai sitaan RM82,500 berdasarkan invois pembekal. Tiada individu ditahan dan ejen berkaitan telah memilih untuk melaksanakan tindakan eksport semula ke negara asal mengikut prosedur yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, sitaan tersebut adalah hasil daripada Operasi Pemeriksaan Konsainan 100 Peratus yang dilaksanakan secara berterusan oleh AKPS bersama agensi penguatkuasaan di pintu masuk negara.
Langkah itu bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang terhadap semua barangan dagangan yang dibawa masuk.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial