JENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga Rugi Hampir RM200,000 Terpedaya Penipuan Dalam Talian

07/08/2025 12:57 PM

KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang peniaga wanita kerugian hampir RM200,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata mangsa berusia 50 tahun itu pada mulanya melihat iklan ‘borong buah’ di laman Facebook sebelum menghubungi suspek dan diminta memuat naik fail Kit Pakej Android (APK) serta mengisi maklumat peribadi bagi tujuan penghantaran. 

“Semalam mangsa dimaklumkan oleh pihak bank mengenai 11 transaksi mencurigakan lebih RM109,991 dibuat ke tujuh akaun bank berbeza daripada akaun peribadinya. 

“Selain itu, akaun bersama suami mangsa turut terjejas dengan terdapat sembilan transaksi sebanyak RM89,996,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata wanita tersebut telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak memuat naik fail atau aplikasi daripada sumber tidak sah dan jangan mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada individu tidak dikenali. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan