AM

GSF: Tahap Keselamatan KLIA Terkawal, 30 Anggota Ditugaskan Pastikan Kelancaran

07/10/2025 09:35 PM

SEPANG, 7 Okt (Bernama) -- Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini terkawal biarpun lebih 100 orang berkumpul bagi meraikan ketibaan 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) malam ini. 

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata lebih 30 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan terminal berkenaan.

Beliau berkata anggota itu ditugaskan bagi mengawal orang ramai dan keselamatan terminal.

"Orang ramai mula membanjiri KLIA sejak 7 malam tadi dan ketika ini lebih 100 orang berada di ruang balai ketibaan.

“Kita menjangkakan lebih ramai akan hadir untuk berkumpul di aras tiga terminal bagi meraikan ketibaan sukarelawan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini malam ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa ruang disediakan bagi memisahkan kedudukan orang ramai, ahli keluarga dan pengamal media.

Difahamkan, ruang itu disediakan bagi memastikan kelancaran sambutan ketibaan aktivis berkenaan yang dijangka sampai sekitar 10 malam ini.

Lebih 50 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurugambar pelbagai agensi mula berkumpul bagi melaporkan detik ketibaan aktivis berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan