JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah Benar Perintah Larang Tarek Obaid Jual 2.5 Juta Saham Berkaitan 1MDB

03/10/2025 03:33 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dihalang daripada menjual 2.5 juta sahamnya dalam syarikat Palantir Technologies, yang didakwa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid mengeluarkan perintah itu, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Berdasarkan notis usul ex-parte (sebelah pihak), pendakwa raya memohon perintah larangan di bawah seksyen itu dikeluarkan kepada Tarek Obaid dan Palantir Technologies, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut notis tersebut semua aset, hak milikan serta kepentingan undang-undang berkaitan 2.5 juta saham dalam Palantir Technologies yang didaftarkan atas nama Tarek Obaid, adalah berkaitan siasatan kesalahan di bawah Seksyen 28(1)(c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4 (1) (a) Akta 613 membabitkan 1MDB.

Pendakwa raya memohon agar Obaid dan Palantir Technologies dihalang daripada membuat sebarang urusan memindah, menjual atau melupuskan saham tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan