KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Mesiniaga Bhd memperoleh kontrak bernilai RM135.58 juta daripada Kementerian Kewangan (MoF), tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan kerajaan, bagi membekalkan teknologi penandaan, perkhidmatan pembangunan sistem dan perkakasan yang komprehensif.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan melibatkan pembekalan 2.6 bilion tanda keselamatan untuk produk-produk rokok dan minuman beralkohol kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Kontrak ini berkuat kuasa pada 1 Okt, 2025, akan tamat pada 30 Sept, 2030 tanpa sebarang pembaharuan automatik.
"Kontrak ini tidak akan menjejaskan modal saham syarikat dan pegangan pemegang saham utama. Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 dan seterusnya sehingga kontrak tamat," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial