DUNIA

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

27/09/2025 11:02 AM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pengeluaran yang dijangka lemah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan eksport yang kukuh akan turut berperanan penting dalam mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menjangka harga MSM akan diniagakan antara RM4,300 dan RM4,580 satu tan minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak Oktober 2025 rendah RM44 kepada RM4,365 satu tan, November 2025 susut RM29 kepada RM4,367 satu tan dan Disember 2025 menyusut RM29 kepada RM4,396 satu tan.

Kontrak Januari 2026 susut RM22 kepada RM4,420 satu tan dan Februari 2026 rendah RM14 kepada RM4,420 satu tan manakala Mac 2026 meningkat RM4 kepada RM4,408 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 423,097 lot daripada 264,468 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 250,893 kontrak daripada 260,581 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM40 kepada RM4,360 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan