JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditemukan Mati Selepas Pukul Anak Saudara Guna Tukul

26/09/2025 10:50 AM

KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan tukul hingga parah di sebuah rumah kedai di Jelawat, petang semalam, ditemukan meninggal dunia berhampiran Pantai Melawi, Bachok.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditemukan mati tergantung pada sebatang pokok ru kira-kira tiga kilometer dari rumah kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata kejadian berlaku kira-kira 5.15 petang semalam.

Beliau berkata selepas disyaki memukul mangsa, lelaki terbabit melarikan diri ke pantai dengan menunggang motosikal sebelum ditemukan meninggal dunia pada pokok itu.

“Mayat telah diuruskan pasukan forensik manakala kanak-kanak lelaki berkenaan masih dalam keadaan kritikal. Kes sedang disiasat lanjut dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan