AM

JAS Guna Dron Kesan Punca Pencemaran Disyaki Berlaku Di Sungai Bekok

22/09/2025 08:53 PM

BATU PAHAT, 22 Sept (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Batu Pahat melakukan tinjauan udara menggunakan dron bagi mengenal pasti punca pencemaran yang disyaki berlaku di Sungai Bekok di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata tinjauan itu turut melibatkan pertemuan pegawai JAS dengan pengadu di lokasi berkenaan.

Beliau berkata sampel air juga diambil untuk dianalisis selain pemeriksaan di beberapa lokasi berhampiran yang berkemungkinan menjadi sumber pencemaran.

“JAS juga telah meminta Majlis Daerah Yong Peng serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjalankan siasatan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ling berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan insiden pencemaran alam sekitar dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan