KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan lapan bot penumpang dan sebuah bot kargo menerusi operasi khas di sekitar perairan Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Perhentian, di Besut yang dijalankan pada Sabtu dan semalam.
Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata semua bot berkenaan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen, membawa penumpang berlebihan serta melanggar syarat kawasan operasi yang ditetapkan dalam lesen.
“Kesalahan lain yang dikesan ialah jaket keselamatan tidak mencukupi. Tindakan sebegini termasuk membawa lebih muatan jelas mengabaikan keselamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha bot yang mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan.
Sehubungan itu, beliau berkata operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat terutama di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal.
“Kami ingin mengingatkan semua pengusaha bot supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan penumpang. Orang awam pula diseru menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial